PaU kACANg

yum2..salam n selamat petang kawan2..menu ap ptg ni??
arini ieza nak share pau kacang..korang makan x??sedap tau makan panas2..
okey2..jap eh ieza bg resepi..tp korng mesti cuba yer..

Bahan Inti Kacang :
400g kacang merah
 1/2 cawan gula pasir
1/2 gula melaka
2-3 helai daun pandan
Air secukupnya



Cara-cara:
1.     Rendam kacang merah semalaman.
2.     Bilas dan rebus sehingga kacang pecah dan empuk.
3.       tambahkan air,daun pandan ,gula n gula melaka.
4.      Masak sehingga pekat. Kemudian sejukkan




      DOH


500g tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
8 sudu besar gula kastor
1/4 cawan minyak
1 cawan air suam
Daun pisang y dah dipotong kecil



CARA-CARA

1. Masukkan tepung gandum, baking powder, secubit garam.Kacau adunan sebati.
2.Amik gelas, masukkan air suam, yis dan gula. Satukan dan biarkan seketika.
ISI DALAM..JOM MAKAN
3.  masukkan minyak  ke dalam tepung gandum sedikit demi sedikit sambil uli. Jika dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit air campuran yis tadi sehingga habis.
4.Ambil mangkuk yang kering,masukkan doh y diuli td n perap selama 2 jam.
5.selepas perap,bentukkan bulat n masukkn inti n lapikkn dengan daun pisang. Biarkan selama 30 minit agar doh td naik kemudian kukus. Panaskan air kukusan..apabila air kukusan dah mendidih boleh lah kukus pau selama 10-15 minit.





YANG DAH SIAP DIKUKUS..NAK TUNGGU NGAP JA JAP LG










SELAMAT MENCUBA !!!..JEMPUT MAKAN :D







No comments:

Post a Comment